Friday, September 18, 2009

NUR HIDAYAH 18

18

Air muka Afiq jelas memancarkan kepuasan hatinya apabila mereka berdua telah dapat mencapai persefahaman yang akan menentukan corak hidup mereka di masa depan. Walau bagaimana pun, hati kecil Afiq menyatakan bahawa perlulah rasa hatinya yang sebenar diluahkan kepada Aleeya.

“Che Aleeya, thank you very much for your understanding. Before we proceed further I wish to enlighten you on my predicament. Saya sedar bahawa saya ini bukanlah a perfect match for you. Saya sudah pun mencecah umur tiga puluh tiga tahun. Saya adalah seorang duda beranak satu dan tiga belas tahun lebih tua pula daripada Che Aleeya. Dengan umur dan kejelitaan Che Aleeya, I think our marriage is a mismatch combination from the start or shall we say it will be like beauty and the beast,” Afiq meluahkan perasaannya.

“Encik Afiq, please do not be so defensive and put yourself with such an inferiority complex. With your age and looks, I sincerely think you are still attractive to many ladies,” Aleeya mencelah dengan deraian ketawa.

“Che Aleeya ni nak bagi sedap hati saya sahaja. Saya percaya kalau Che Aleeya adalah the reluctant bride, then I will be most reluctant bridegroom. Since both of us are thrown together with this predicament, we have no choice but to pursue this for the sake of our beloved father, and at the same time we will collectively strive for the betterment of our family. I will also give my sincere undertaking that I will honour my pledge to the best of my ability, Insya Allah,” Afiq memberi pengakuan sucinya.

“Encik Afiq, since we are going to be husband wife soon, jadi eloklah saya pinda deraf momerandum persetujuan mengikut sepertimana yang telah dipersetujui tadi. Sambil itu, silalah tambah teh pandan CT “ Aleeya terus bangun dan duduk mengadap komputer di sudut bilik.

Afiq menuang tambah teh pandan CT dan terus menghirupnya perlahan –lahan di samping menikmati keindahan lukisan Ibrahim Hussien yang terpampang di bilik perpustakaan.

“Encik Afiq, if you don”t mind, sila semak deraf yang telah saya pinda mengikut permintaan Che Afiq,” Aleeya menyerahkan dua salinan dokumen memorandum perjanjian. Afiq mengambil dua salinan deraf memorandum persetujuan dan terus menyemaknya.

“Che Aleeya, saya bersetuju sepenuhnya dengan pindaan ini,” Afiq memberi persetujuan dan lantas mendatangani di ruang yang disediakan. Kemudian Afiq terus menyerahkan kedua-dua salinan kepada Aleeya.

“Terima kasih Che Afiq,” Aleeya menyambut kedua-dua salinan deraf memorandum persetujuan dan terus menandatangani di ruangan untuknya.

“Oleh kerana persetujuan ini adalah satu persetujuan ikhlas diantara kita berdua, saya rasa tak perlulah persetujuan ini perlu mempunyai tanda tangan saksi atau pun dimatikan setem,” Aleeya menyuarakan pandangannya di samping menghulurkan satu salinan perjanjian kepada Afiq.

“Che Aleeya, walau pun perjanjian sampingan ini tiada ada tempat dari aspek hukum syarak, namun dengan izin Allah s.w.t. saya memberi pengakuan bahawa saya akan tunaikan komitmen yang saya telah berikan dengan sebaik mungkin. Che Aleeya simpanlah kedua-dua salinan,” Afiq memberi pengakuan suci kepada Aleeya.

“Che Afiq, .terima kasih for your understanding and commitment.Oleh kerana urusan kita berdua dah selesai. Saya rasa eloklah kita berjumpa bapak sebelum majlis akad nikah dilangsungkan,” Aleeya mencadangkan kepada Afiq. Aleeya terus menyimpan kedua-dua salinan memorandum persetujuan di dalam kabinet di penjuru bilik sebelum bergerak ke pintu bilik perpustakaan yang telah terbuka luas dan dipegang oleh Afiq untuk kemudahan laluan keluar Aleeya.











NUR HIDAYAH 17

17

Kedua-dua Afiq dan Aleeya tersenyum kambing setelah menyedari bahawa kekangan pertama mereka telah pun dapat di atasi. Persefahaman pra-pernikahan sepertimana yang dikehendaki oleh Aleeya telah dapat diselesaikan secara muafakat..

“Che Aleeya, thank you for your understanding. Now it is my request in return for agreeing with your request. I really hope that you will agree with my counter proposal. Pertama Che Aleeya perlu berpindah ke rumah saya di Sungai Buluh apabila bilik khusus untuk Che Aleeya serta keperluan-keperluan lain yang berkaitan siap disempurnakan. Kedua, melainkan berlaku sesuatu keadaan yang tidak dapat dielakkan, permintaan saya ialah supaya Che Aleeya dapat pulang ke rumah sebelum menjelang maghrib dan menyertai bersama aktiviti keluarga di rumah,” Afiq mengemukakan cadangan balasnya kepada Aleeya.

“Encik Afiq, if you don’t mind, apakah bentuk aktiviti keluarga yang perlu saya sempurnakan,” Aleeya mencelah meminta kepastian.

“Che Aleeya, saya rasa Che Aleeya pun sudah tahu bahawa saya adalah seorang bapa tunggal yang perlu membesarkan seorang anak perempuan berumur lapan tahun. Tanpa bimbingan seorang ibu, saya perlulah mendidik anak saya dengan amalan murni yang diredai Allah yang akan dapat mempererat dan memperkukuhkan keharmorniaan perhubungan kekeluargaan, Since you will be part of the family after our marriage later on, then you also will have adhere to our daily family rituals,” Afiq memberi penjelasan awalan.

“Aktiviti keluarga ini adalah merangkumi sembahyang Maghrib dan Isya berjemaah serta makan malam bersama. Di samping itu, Bibik juga akan memberi bimbingan mengenai fardu ain dan bacaan al-Quran kepada anak saya Nur Aisyah,” Afiq meneruskan penerangan yang lebih jelas.

“Harap maaf Encik Afiq. Bagi Encik Afiq memang suatu perkara yang senang tetapi bagi saya, ianya satu perkara baru yang saya rasa agak sukar untuk saya mengikutinya. Pengetahuan saya mengenai agama amatlah cetek sekali dan saya malulah kat anak Encik Afiq sekiranya saya perlu mengikuti bimbingan agama bersamanya,” Aleeya menyuarakan kebimbangannya.

“Che Aleeya jangan bimbang, For her age anak saya matang pemikirannya. Sebagai seorang suami dan bapa, saya pasti akan melayan Che Aleeya dengan
adil dan hormat. Kami sekali-kali tidak akan menjatuhkan maruah Che Aleeya, sebagai seorang isteri dan juga ibu . Kita akan sesuaikan mengikut kehendak Che Aleeya. Bibik atau pengasuh Nur Aisyah adalah dari Acheh dan beliaulah yang mendidik anak saya dalam fardu ain dan bacaan quran sejak daripada masa Umminya masih ada. Che Aleeya tak perlu risau mengenai perkara ini, we will adjust accordingly. Saya sendiri akan membimbing Che Aleyya. Lagi pun inilah pra syarat perkahwinan yang diamanatkan oleh ayah Che Aleeya kepada saya supaya membekalkan ilmu agama kepada Che Aleeya walau apa pun penyudahnya perkahwinan kita nanti,” Afiq memberi keyakinan kepada Aleeya.

“In that case I will have no objection to your request and I will obligingly abide by your holistic wish” Aleeya membalas.









NUR HIDAYAH 16

16

Aleeya bangun dan mengambil dokumen dari laci almari kecil di penjuru bilik perpustakaan. Kemudian Aleeya terus memberi draf momerandum persetujuan untuk diteliti oleh Afiq. Afiq terus meneliti kandungan deraf memorandum persetujuan yang telah disediakan oleh Aleeya.

“Secara dasarnya, saya bersetuju dengan cadangan Che Aleeya dan deraf ini juga mencerminkan sifat professional Che Aleeya sebagai seorang bakal peguam,” Afiq meluahkan pendapatnya kepada Aleeya setelah meneliti kandungan deraf momerandum persutujuan yang disediakan oleh Che Aleeya.

“Saya bersetuju untuk menyediakan bilik berasingan khusus untuk Che Aleeya. Saya juga bersetuju untuk membiayai dan memberi kebebasan kepada Che Aleeya untuk meneruskan pengajian Che Aleeya hingga tamat. Saya juga tidak akan menghalang Che Aleeya daripada meneruskan aktiviti persendirian
lain selagi ianya tidak menyalahi hukum syarak.” Afiq memberi jaminan terhadap persetujuannya secara dasar.

“Encik Afiq, janganlah begitu mudah sekali bersetuju dengan permintaan saya walau pun ianya akan memberi kesan negatif kepada Che Afiq sendiri,” Aleeya mencelah.

“Che Aleeya, anggaplah persetujuan saya ini sebagai satu manifestasi penghargaan saya terhadap ayah Che Aleeya. Namun begitu, if you do not mind, saya tidaklah bersetuju sepenuhnya mengenai syarat khusus Che Aleeya supaya saya menceraikan Che Aleeya di dalam tempoh sebulan selepas tarikh Konvokesyen penganugerahan ijazah kepada Che Aleeya . Mengikut cadangan asal Che Aleeya, kalau saya bersetuju dengan cadangan ini, nampaknya kita telah menetapkan tempoh perkahwinan kita dan ianya bertentangan dengan kehendak agama.,” Afiq menerangkan kepada Aleeya.

“Che Aleeya, kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Sebagai manusia biasa, kita hanya berupaya sekadar merancang sahaja tetapi Allah jua yang akan menentukan segala-galanya. Kita tidak perlu mengikat diri kita dengan syarat-syarat yang akan menjerat diri kita di kemudian hari. Dengan itu, saya mencadangkan supaya syarat khusus klausa 4 ini dipinda seperti berikut:- Pihak Pertama akan menceraikan Pihak Kedua apabila dipinta berbuat demikian oleh Pihak Kedua. It is okay or not with you” Afiq meminta kepastian daripada Hanim.

“Since you will definitely divorce me on my request, then I totally agree with your proposed amendment.” Aleeya memberi persetujuan.









NUR HIDAYAH 15

15

Afiq terus meneliti lukisan-lukisan yang menghiasi bilik perpustakaan. Afiq kagum dengan pemilihan lukisan Johari. Semua lukisan adalah lukisan cat minyak dan water colour yang menggambarkan keindahan alam. Terdapat juga sebuah lukisan berbentuk surilist yang dilukis oleh Baharum, seorang pelukis dari Jitra.

“Encik Afiq, sila duduk dan kita boleh teruskan perbincangan “ Aleeya mempelawa Afiq duduk di sebelah kerusi empuk yang mengelilingi meja bacaan. Aleeya terus menuangkan air teh CT pandan yang telah pun terhidang di atas meja.

Afiq duduk dan terus meneguk teh yang disediakan. Kemudian perhatiannya bertumpu kepada Aleeya. Kejelitaan yang terpancar serta dengan usianya yang begitu muda menambahkan lagi kekusutan di benak Afiq. Afiq amat terasa bahawa beliau seolah-olah mengambil kesempatan terhadap Aleeya yang sedang menghadapi musibah. Daripada air muka Aleeya, jelas sekali permintaan terakhir Johari amat menyeksakan pemikiran dan batinnya.

“Encik Afiq, if you don’t mind, I will go straight to the point. Encik Afiq tentu dah tahu bahawa ayah saya mengalami barah paru-paru dan mengikut ramalan doktor, ayah hanya boleh bertahan paling lama sebulan sahaja lagi. Melihat keadaan ayah yang begitu kritikal dan dengan harapan pemulihannya paling minima, saya tidak sampai hati untuk menolak permintaan ayah. I have no choice but to adhere to his final request as I consider myself duty bound to do so.” Aleeya menyuarakan rasa hatinya kepada Afiq.

“Yes, I fully understand your predicament, A young beautiful lass marrying a total stranger whom you just met for the second time and without even knowing his background and his character. For you, it must be like jumping into an unknown abyss,“ Afiq juga turut menyambut perasaan keresahan yang dipikul oleh Aleeya.

“En Afiq, my fate is in your hand and I do hope that I will be in the right hand. However for your benefit, without even knowing what is your feeling about this
crucial decision that affect both of us. I do have full trust and respect for my father. Knowing him, I am definitely sure that he must be doing this for my own benefit. That is why I have to put aside my true feelings and proceed with my father’s noble wish. With my sacrifice I hope that he will get a peaceful mind. I hope Allah will bless our decision,” Aleeya terus meluahkan kebimbangannya dan di samping itu juga menyuarakan keyakinan terhadap bapanya.

Afiq hanya merenung wajah Aleeya mendengar rintihannya tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

“Encik Afiq, I am really sorry and I hope that I am not boring you with my outburst. I have to let go my despair and anguish that is still entangled in my heart and face whatever outcome it may be with a clear conscience,” Aleeya memohon kemaafan daripada Afiq.

“Che Aleeya, don’t worry about it. It is fine with me and I am very glad that you have spoken your piece and I am really sorry that both of us has got to go through this ordeal together. Please proceed with whatever adverse feeling in your heart that you want to share with me. Please do not worry about me.” Afiq menenangkan keadaan Aleeya yang begitu tertekan.

“Encik Afiq, terima kasih kerana memahami keadaan saya. Saya percaya Encik Afiq telah pun dimaklumkan oleh ayah mengenai syarat-syarat pra perkahwinan yang perlu dipersetujui sebelum majlis pernikahan ini dapat dilangsungkan. Daripada segi hukum syarak, perkahwinan adalah satu pernikahan tanpa ada syarat-syarat sampingan. Jadi saya berharap Encik Afiq dapat bersimpati dan memahami kedudukan saya. Saya baru sahaja memasuki semester pertama di dalam pengajian Ijazah Undang-Undang di UITM Shah Alam. Saya masih muda untuk berumahtangga. Saya masih lagi mencari-cari prinsip hidup saya sendiri di samping perlu menentukan hala tuju hidup yang masih belum pasti. Setidak-tidaknya saya perlu diberi peluang dan masa untuk menghayati hasrat tersirat ayah,” Aleeya mengajukan cadangannya kepada Afiq.

“Che Aleeya ,memang ayah Che Aleeya telah beritahu kepada saya mengenai semua syarat-syarat khas yang Che Aleeya perlukan. Untuk pengetahuan Che Aleeya, saya menganggap ayah Che Aleeya sebagai ayah saya sendiri.Tuan Johari adalah pengganti kepada ayah yang saya tak pernah kenali dan beliau adalah seorang insan yang amat berjasa kepada saya. Kejayaan dan kebahagiaan hidup saya pada hari ini adalah hasil bimbingan tangan halus ayah Che Aleeya. As for now, I strongly believed that it is pay back time for me. Demi membalas jasa dan budi ayah Che Aleeya kepada saya, saya sanggup berkorban perasaan dan prinsip saya dan bersetuju dengan apa-apa syarat yang dapat menenangkan Che Aleeya . Walaupun Ia bertentangan dengan hukum sesuatu pernikahan, saya bersetuju untuk memenuhi permintaan Che Aleeya. So what is your proposal?” Afiq meminta penjelasan daripada Aleeya.










NUR HIDAYAH 14

14


Asyik dengan lamunan kisah masa lampau yang serba mencabar, tanpa disedari Afiq telah pun sampai ke kawasan rumah “Seri Idaman”, di Seksyen 7, Shah Alam. Afiq memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar berbingkai warna keemasan. Di batang tembok kanan pagar terpampamg “Seri Idaman” yang bertulis di dalam bentuk Century Gothic berwarna keemasan.

“Asalamualaikum, ini Encik Afiq ke?” seorang pengawal menerpa ke depan kereta untuk mendapat kepastian daripada Afiq.

“Waalaikumsallam, saya Afiq “ Afiq memberi pengesahan.

“Encik Afiq boleh terus masuk ke belakang dan park di dalam garaj” pengawal memberi arahan dengan hormat.

Pintu pagar berbingkai keemasan bergerak perlahan-lahan ke sebelah kanan. Apabila pintu pagar ternganga luas, terpampang sebuah bangalow puteh berbentuk Neoclassical Revival. Lapan batang tiang bulat Tuscan Duric Column berwarna putih menungkat megah anjung rumah tak ubah seperti anjung Kolej Sultan Abdul Hamid.

Afiq terus memandu keretanya ke bahagian belakang rumah di mana terdapat garaj yang mempunyai lima ruang simpanan kereta. Terdapat tiga kenderaan yang semuanya berwarna biru kehitaman berlabuh di bawah garaj. Di ruang tengah terdampar Mercedes S 420 , KAN 2000 yang diapit oleh sebuah kereta Proton Satria GTI, KAQ 177 disebelah kanan dan kereta pacuan empat roda Range Rover, KAG 9756 di sebelah kiri.

Afiq terus menempatkan kereta Volvo S80 di sebelah kereta Proton Satria GTI. Afiq turun dari kereta dan terus bergerak perlahan-lahan ke arah anjung rumah. Di ambang pintu utama, sudah pun berdiri santun seorang gadis berbaju kurung sedondon berwarna putih dengan tudung puteh menutupi sebahagian kepalanya Kejelitaan gadis darah kacukan Melayu-Inggeris memancarkan sinar keayuan di ruangan anjung banglo putih.

“Assalamualaikum. Cik Aleeya “ Afiq menyapa.

“Waalaikum salam, “gadis berbaju puteh membalas salam dengan kemerduan suara buluh perindu.

“Che Afiq, selamat datang ke Seri Idaman dah silalah masuk,” Aleeya mempersila Afiq masuk ke rumah.

Afiq menanggalkan sepatu di luar pintu utama dan terus mengekori Aleeya daripada belakang.

“Encik. Afiq, before we proceed to see my daddy, I think there is an urgent need for us to have a pre-discussion between us, “ Aleeya mencadangkan kepada Afiq.

“Yes, I totally agree with your suggestion, “Afiq menjawab sambil menyusuli Aleeya.

“Kalau begitu, mari kita ke bilik perpustakaan dahulu,” Aleeya mempelawa Afiq ke bilik perpustakaan.

Afiq menggekori Aleeya ke bilik perpustakaan. Bilik perpustakaan Johari sememangnya amat menyenangkan fikiran. Buku-buku dan majalah tersusun rapi dengan dilekatkan koding-koding rojokan yang bersistematik. Manakala
lukisan-lukisan yang terlekat di dinding pula mamancarkan aura yang amat menyamankan.

NUR HIDAYAH 13

13

Berkat usaha murni pihak pengurusan Yayasan serta doa anak-anak yatim, Yayasan Nur Hidayah kini telah pun mempunyai bangunan depot memperoses dan pembungkusan produk Yayasan di Rawang. Selain daripada itu, Yayasan juga telah mempunyai sebuah asrama anak-anak yatim di Shah Alam yang dapat menampung 100 pelajar-pelajar dan juga pekerja anak-anak yatim. Bangunan asrama ini juga menjadi tempat penyebaran ilmu khususnya ilmu fardu ain serta juga ilmu-ilmu kemahiran hidup yang lain.

Afiq juga telah menyediakan ruang di pejabatnya untuk menampung ruang pengurusan induk Yayasan Nur Hidayah. Di bawah Yayasan Nur Hidayah ini juga, Afiq telah mendaftarkan anak-anak yatim yang berlatar belakang lulusan keagamaan dari dalam dan luar negera. Dengan kepakaran yang ada pada mereka, Yayasan Nur Hidayah telah dapat menawarkan pelbagai pekej keagamaan yang lengkap daripada aspek fardu ain dan fardu kifayah kepada masyarakat Islam di Lembah Klang.

Anak-anak yatim inilah yang telah memberi perkhidmatan pengajaran kelas-kelas agama secara esklusif kepada individu-individu yang memerlukan bimbingan fardu ain khususnya bacaan Al Quran. Perkhidmatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kerana keredaan Allah yang telah mengurniakan hidayah kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan tetapi mempunyai kekangan perasaan malu untuk mengakuinya secara terbuka atau pun kepada ahli keluarga.

Pekej keagamaan lain yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam setempat ialah pekej perkhidmatan pengurusan mayat yang lengkap apabila berlaku sesuatu kematian. Pekej ini merangkumi pemandian jenazah, sembahyang jenazah serta urusan pengkebumian. Selain daripada majlis membaca tahlil serta jamuan, pemasangan batu nisan juga termasuk di dalam pekej ini. Permintaan untuk majlis-majlis bacaan Yassin, tahlil dan marhaban juga turut meningkat apabila menjelangnya cuti penggal sekolah.

Afiq sentiasa bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memberi kesedaran kepadanya untuk menubuhkan Yayasan Nur Hidayah. Yayasan Nur Hidayah ini adalah merupakan manifestasi penghargaan terima kasih seorang anak yatim piatu di atas kemuliaan hati seorang insan terhadap insan lain yang tidak bernasib baik.. Sekiranya diizinkan Allah, Afiq bercadang untuk meluaskan lagi perkhidmatan Yayasan Nur Hidayah secara rangkaian di Bandar-bandar lain di seluruh Negara yang masih menghadapi masalah yang ketara mengenai pengurusan majlis fardu kifayah.







Friday, August 21, 2009

H.M.S. 2: BLACK SIPUTEH


When I read the headlines of Sinaran daily bulletin on 21.08.2009, my sympathy goes to Hon. Dato’ Abu Hassan Sarif, a four term state assemblyman for Kota Siputeh whom I have known personally when I was the District Officer of Kubang Pasu twenty years ago. Eleven years ago he went for an angioplasty procedure at Penang General Hospital a week after I have mine at the same hospital. He was with the Telecoms before he was elected as the State Assemblyman for Kota Siputeh.
Hon. Dato’ Abu Hassan Sarif has survived the political tsunami of 2008 and I do believe that he is still in the state of denial whereby he has failed to realize that there is no more friendly Speaker to the BN Assemblymen in the state. He has inadvertently provided live bullets to the enemy. The Hon. Speaker has wisely placed the ball on the feet of the Election Commission.

For a clearer picture on this matter, please browse through the provisions of Article 51, The Laws of the Constitution of Kedah and Standing Order 87, Standing Rules and Orders of the Legislative Assembly of the State of Kedah Darul Aman:


Perkara 51, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman:

“Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Yang Di Pertua di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong.”

Article 51, The Laws of the Constitution of Kedah:

“If any member of the Legislative Assembly is absent from the Assembly without leave of the Speaker for two consecutive meetings his seat shall become vacant.”

Peraturan 87 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman:

“Dengan tidak menyentuh perjalanan Perkara 51 dalam Undang-undang Tubuh, seseorang ahli itu hendaklah memberitahu Setiausaha dengan seberapa segeranya jika ia tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Dewan.”

Standing Order 87, Standing Rules and Orders of the Legislative Assembly of the State of Kedah Darul Aman:

“Without prejudice to the operation of Article 51 of the Constitution, a member shall acquaint the Clerk as early as possible of his inability to attend any meeting of the Assembly.”

Friday, July 24, 2009