Friday, September 18, 2009

NUR HIDAYAH 18

18

Air muka Afiq jelas memancarkan kepuasan hatinya apabila mereka berdua telah dapat mencapai persefahaman yang akan menentukan corak hidup mereka di masa depan. Walau bagaimana pun, hati kecil Afiq menyatakan bahawa perlulah rasa hatinya yang sebenar diluahkan kepada Aleeya.

“Che Aleeya, thank you very much for your understanding. Before we proceed further I wish to enlighten you on my predicament. Saya sedar bahawa saya ini bukanlah a perfect match for you. Saya sudah pun mencecah umur tiga puluh tiga tahun. Saya adalah seorang duda beranak satu dan tiga belas tahun lebih tua pula daripada Che Aleeya. Dengan umur dan kejelitaan Che Aleeya, I think our marriage is a mismatch combination from the start or shall we say it will be like beauty and the beast,” Afiq meluahkan perasaannya.

“Encik Afiq, please do not be so defensive and put yourself with such an inferiority complex. With your age and looks, I sincerely think you are still attractive to many ladies,” Aleeya mencelah dengan deraian ketawa.

“Che Aleeya ni nak bagi sedap hati saya sahaja. Saya percaya kalau Che Aleeya adalah the reluctant bride, then I will be most reluctant bridegroom. Since both of us are thrown together with this predicament, we have no choice but to pursue this for the sake of our beloved father, and at the same time we will collectively strive for the betterment of our family. I will also give my sincere undertaking that I will honour my pledge to the best of my ability, Insya Allah,” Afiq memberi pengakuan sucinya.

“Encik Afiq, since we are going to be husband wife soon, jadi eloklah saya pinda deraf momerandum persetujuan mengikut sepertimana yang telah dipersetujui tadi. Sambil itu, silalah tambah teh pandan CT “ Aleeya terus bangun dan duduk mengadap komputer di sudut bilik.

Afiq menuang tambah teh pandan CT dan terus menghirupnya perlahan –lahan di samping menikmati keindahan lukisan Ibrahim Hussien yang terpampang di bilik perpustakaan.

“Encik Afiq, if you don”t mind, sila semak deraf yang telah saya pinda mengikut permintaan Che Afiq,” Aleeya menyerahkan dua salinan dokumen memorandum perjanjian. Afiq mengambil dua salinan deraf memorandum persetujuan dan terus menyemaknya.

“Che Aleeya, saya bersetuju sepenuhnya dengan pindaan ini,” Afiq memberi persetujuan dan lantas mendatangani di ruang yang disediakan. Kemudian Afiq terus menyerahkan kedua-dua salinan kepada Aleeya.

“Terima kasih Che Afiq,” Aleeya menyambut kedua-dua salinan deraf memorandum persetujuan dan terus menandatangani di ruangan untuknya.

“Oleh kerana persetujuan ini adalah satu persetujuan ikhlas diantara kita berdua, saya rasa tak perlulah persetujuan ini perlu mempunyai tanda tangan saksi atau pun dimatikan setem,” Aleeya menyuarakan pandangannya di samping menghulurkan satu salinan perjanjian kepada Afiq.

“Che Aleeya, walau pun perjanjian sampingan ini tiada ada tempat dari aspek hukum syarak, namun dengan izin Allah s.w.t. saya memberi pengakuan bahawa saya akan tunaikan komitmen yang saya telah berikan dengan sebaik mungkin. Che Aleeya simpanlah kedua-dua salinan,” Afiq memberi pengakuan suci kepada Aleeya.

“Che Afiq, .terima kasih for your understanding and commitment.Oleh kerana urusan kita berdua dah selesai. Saya rasa eloklah kita berjumpa bapak sebelum majlis akad nikah dilangsungkan,” Aleeya mencadangkan kepada Afiq. Aleeya terus menyimpan kedua-dua salinan memorandum persetujuan di dalam kabinet di penjuru bilik sebelum bergerak ke pintu bilik perpustakaan yang telah terbuka luas dan dipegang oleh Afiq untuk kemudahan laluan keluar Aleeya.











No comments:

Post a Comment