13
Berkat usaha murni pihak pengurusan Yayasan serta doa anak-anak yatim, Yayasan Nur Hidayah kini telah pun mempunyai bangunan depot memperoses dan pembungkusan produk Yayasan di Rawang. Selain daripada itu, Yayasan juga telah mempunyai sebuah asrama anak-anak yatim di Shah Alam yang dapat menampung 100 pelajar-pelajar dan juga pekerja anak-anak yatim. Bangunan asrama ini juga menjadi tempat penyebaran ilmu khususnya ilmu fardu ain serta juga ilmu-ilmu kemahiran hidup yang lain.
Afiq juga telah menyediakan ruang di pejabatnya untuk menampung ruang pengurusan induk Yayasan Nur Hidayah. Di bawah Yayasan Nur Hidayah ini juga, Afiq telah mendaftarkan anak-anak yatim yang berlatar belakang lulusan keagamaan dari dalam dan luar negera. Dengan kepakaran yang ada pada mereka, Yayasan Nur Hidayah telah dapat menawarkan pelbagai pekej keagamaan yang lengkap daripada aspek fardu ain dan fardu kifayah kepada masyarakat Islam di Lembah Klang.
Anak-anak yatim inilah yang telah memberi perkhidmatan pengajaran kelas-kelas agama secara esklusif kepada individu-individu yang memerlukan bimbingan fardu ain khususnya bacaan Al Quran. Perkhidmatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kerana keredaan Allah yang telah mengurniakan hidayah kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan tetapi mempunyai kekangan perasaan malu untuk mengakuinya secara terbuka atau pun kepada ahli keluarga.
Pekej keagamaan lain yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam setempat ialah pekej perkhidmatan pengurusan mayat yang lengkap apabila berlaku sesuatu kematian. Pekej ini merangkumi pemandian jenazah, sembahyang jenazah serta urusan pengkebumian. Selain daripada majlis membaca tahlil serta jamuan, pemasangan batu nisan juga termasuk di dalam pekej ini. Permintaan untuk majlis-majlis bacaan Yassin, tahlil dan marhaban juga turut meningkat apabila menjelangnya cuti penggal sekolah.
Afiq sentiasa bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memberi kesedaran kepadanya untuk menubuhkan Yayasan Nur Hidayah. Yayasan Nur Hidayah ini adalah merupakan manifestasi penghargaan terima kasih seorang anak yatim piatu di atas kemuliaan hati seorang insan terhadap insan lain yang tidak bernasib baik.. Sekiranya diizinkan Allah, Afiq bercadang untuk meluaskan lagi perkhidmatan Yayasan Nur Hidayah secara rangkaian di Bandar-bandar lain di seluruh Negara yang masih menghadapi masalah yang ketara mengenai pengurusan majlis fardu kifayah.

No comments:
Post a Comment