Friday, September 18, 2009

NUR HIDAYAH 15

15

Afiq terus meneliti lukisan-lukisan yang menghiasi bilik perpustakaan. Afiq kagum dengan pemilihan lukisan Johari. Semua lukisan adalah lukisan cat minyak dan water colour yang menggambarkan keindahan alam. Terdapat juga sebuah lukisan berbentuk surilist yang dilukis oleh Baharum, seorang pelukis dari Jitra.

“Encik Afiq, sila duduk dan kita boleh teruskan perbincangan “ Aleeya mempelawa Afiq duduk di sebelah kerusi empuk yang mengelilingi meja bacaan. Aleeya terus menuangkan air teh CT pandan yang telah pun terhidang di atas meja.

Afiq duduk dan terus meneguk teh yang disediakan. Kemudian perhatiannya bertumpu kepada Aleeya. Kejelitaan yang terpancar serta dengan usianya yang begitu muda menambahkan lagi kekusutan di benak Afiq. Afiq amat terasa bahawa beliau seolah-olah mengambil kesempatan terhadap Aleeya yang sedang menghadapi musibah. Daripada air muka Aleeya, jelas sekali permintaan terakhir Johari amat menyeksakan pemikiran dan batinnya.

“Encik Afiq, if you don’t mind, I will go straight to the point. Encik Afiq tentu dah tahu bahawa ayah saya mengalami barah paru-paru dan mengikut ramalan doktor, ayah hanya boleh bertahan paling lama sebulan sahaja lagi. Melihat keadaan ayah yang begitu kritikal dan dengan harapan pemulihannya paling minima, saya tidak sampai hati untuk menolak permintaan ayah. I have no choice but to adhere to his final request as I consider myself duty bound to do so.” Aleeya menyuarakan rasa hatinya kepada Afiq.

“Yes, I fully understand your predicament, A young beautiful lass marrying a total stranger whom you just met for the second time and without even knowing his background and his character. For you, it must be like jumping into an unknown abyss,“ Afiq juga turut menyambut perasaan keresahan yang dipikul oleh Aleeya.

“En Afiq, my fate is in your hand and I do hope that I will be in the right hand. However for your benefit, without even knowing what is your feeling about this
crucial decision that affect both of us. I do have full trust and respect for my father. Knowing him, I am definitely sure that he must be doing this for my own benefit. That is why I have to put aside my true feelings and proceed with my father’s noble wish. With my sacrifice I hope that he will get a peaceful mind. I hope Allah will bless our decision,” Aleeya terus meluahkan kebimbangannya dan di samping itu juga menyuarakan keyakinan terhadap bapanya.

Afiq hanya merenung wajah Aleeya mendengar rintihannya tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

“Encik Afiq, I am really sorry and I hope that I am not boring you with my outburst. I have to let go my despair and anguish that is still entangled in my heart and face whatever outcome it may be with a clear conscience,” Aleeya memohon kemaafan daripada Afiq.

“Che Aleeya, don’t worry about it. It is fine with me and I am very glad that you have spoken your piece and I am really sorry that both of us has got to go through this ordeal together. Please proceed with whatever adverse feeling in your heart that you want to share with me. Please do not worry about me.” Afiq menenangkan keadaan Aleeya yang begitu tertekan.

“Encik Afiq, terima kasih kerana memahami keadaan saya. Saya percaya Encik Afiq telah pun dimaklumkan oleh ayah mengenai syarat-syarat pra perkahwinan yang perlu dipersetujui sebelum majlis pernikahan ini dapat dilangsungkan. Daripada segi hukum syarak, perkahwinan adalah satu pernikahan tanpa ada syarat-syarat sampingan. Jadi saya berharap Encik Afiq dapat bersimpati dan memahami kedudukan saya. Saya baru sahaja memasuki semester pertama di dalam pengajian Ijazah Undang-Undang di UITM Shah Alam. Saya masih muda untuk berumahtangga. Saya masih lagi mencari-cari prinsip hidup saya sendiri di samping perlu menentukan hala tuju hidup yang masih belum pasti. Setidak-tidaknya saya perlu diberi peluang dan masa untuk menghayati hasrat tersirat ayah,” Aleeya mengajukan cadangannya kepada Afiq.

“Che Aleeya ,memang ayah Che Aleeya telah beritahu kepada saya mengenai semua syarat-syarat khas yang Che Aleeya perlukan. Untuk pengetahuan Che Aleeya, saya menganggap ayah Che Aleeya sebagai ayah saya sendiri.Tuan Johari adalah pengganti kepada ayah yang saya tak pernah kenali dan beliau adalah seorang insan yang amat berjasa kepada saya. Kejayaan dan kebahagiaan hidup saya pada hari ini adalah hasil bimbingan tangan halus ayah Che Aleeya. As for now, I strongly believed that it is pay back time for me. Demi membalas jasa dan budi ayah Che Aleeya kepada saya, saya sanggup berkorban perasaan dan prinsip saya dan bersetuju dengan apa-apa syarat yang dapat menenangkan Che Aleeya . Walaupun Ia bertentangan dengan hukum sesuatu pernikahan, saya bersetuju untuk memenuhi permintaan Che Aleeya. So what is your proposal?” Afiq meminta penjelasan daripada Aleeya.










No comments:

Post a Comment